Monday, November 1, 2010

Pemilih baru dan penagih baru

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada 13 September 2010 telah memetik kata-kata Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Zainal Abidin Mat Said bahawa daripada 301,653 pemilih baru didaftarkan, sebanyak 56 peratus atau sejumlah 169,850 pemilih baru didaftar oleh penolong pendaftar daripada kalangan wakil parti politik.

Daripada jumlah itu, Parti Tindakan Rakyat (DAP) mencatat pendaftaran pemilih paling tinggi iaitu 55,321 orang, diikuti oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dengan 54,872 pemilih didaftar manakala Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing mendaftar 38,618 dan 13,098 pemilih.

Johor merupakan negeri yang mencatat pendaftaran paling tinggi iaitu 56,663 orang, diikuti Selangor sebanyak 46,764 orang dan Pulau Pinang sebanyak 36,841 orang.

Sementara itu Jurnal Antidadah Malaysia, Jilid 5, Tahun 2009 yang dikeluarkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), Kementerian Dalam Negeri menujukkan bahawa penagih berbangsa Melayu secara konsisten merupakan penagih yang paling ramai menagih dadah iaitu seramai 13,705 orang (87.09%) melibatkan 6,810 orang (49.69%) penagih baru dan 6,895 orang (50.31%) penagih berulang.

Penagih Melayu yang dikesan pada tahun 2009 bersamaan dengan 0.16%7 daripada unjuran penduduk bangsa Melayu di negara ini yang berusia 15-64 tahun. Secara purata, kes penagih berbangsa Melayu melebihi 60%8 pada setiap tahun berbanding dengan bangsa lain. Manakala bagi bangsa Cina, sebanyak 951 kes (6.04%) telah dikesan serta India 942 kes (5.99%). Penagih di kalangan pribumi Sabah seramai 56 orang, pribumi Sarawak 23 orang dan lain-lain bangsa 55 orang.

Pulau Pinang mencatatkan kes penagihan dadah tertinggi dikesan iaitu sebanyak 2,255 orang atau 14.33% daripada kes penagihan dadah tahun 2009 melibatkan 766 orang (33.97%) penagih baru dan 1,489 orang (66.03%) penagih berulang. Kes kedua tertinggi dikesan di Kedah seramai 2,016 orang iaitu 12.81% daripada kes yang dicatat untuk Malaysia melibatkan penagih baru seramai 979 orang (48.56%) dan 1,037 orang (51.44%) penagih berulang. Selain itu, kes penagihan dadah tinggi juga dikesan di Kelantan (12.09%), Selangor (11.85%), WP Kuala Lumpur (10.39%) dan Johor (10.38%).

Bilangan keseluruhan penagih dadah bagi tahun 2009 seramai 15,736 orang penagih.